Showing posts with label Fynn Jamal. Show all posts
Showing posts with label Fynn Jamal. Show all posts

Lirik Lagu Tahu – Fynn Jamal (ost kerana terpaksa aku relakan)

Lirik Lagu Tahu – Fynn Jamal

Dan kau tanya dalam diam
Dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri
Satu per satu hilang ertinya
Berdikit-dikit menyesak dada mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi

Harus
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Kau selongkar bumi langit pertala
Sedang jawabnya lama kau ada
Maka perlu apa kau bongkar gali
Kalau cuma di letak tepi

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Namun tak kau akukan

Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya
Apa kau nanti yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Sayu
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan
Kau tahu
Kau sayu
Kau rindu sama Tuhan




Lirik Lagu Lelaki – Fynn Jamal & Tri Hadzir

Lirik Lagu Lelaki – Fynn Jamal & Tri Hadzir. Biar sehancur mana Dia dicincang dunia. Tak mati
Walau bertalu disiksa. Jasadnya takkan meronta. Dia sudi

Suka tak suka tak beza
Bibirnya duduknya sama
Tak duli

Kalau tak tau jiwanya
Seringnya dikeji nista
Dia gigih jadi lelaki

Terkadang aku kasihan
Entah gimana dia bertahan di selalu
Takkah lenguh dia berjalan
Meski dalam sendiri dia tau yang sungguhnya dia sunyi

Lelaki
Sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
Moga nanti
Datang hari untuk kau betul-betul dihargakan

Jatuh bangunmu
Gagah lemahmu
Tidur bangkitmu
Tumbuh patahmu

Setiapnya kerna perempuan

Lelaki
Sambutkan hormatku dari seluruh perempuan
Moga nanti
Datang hari untuk kau betul-betul dihargakan

Jatuh bangunmu
Gagah lemahmu
Tidur bangkitmu
Tumbuh patahmu

Setiapnya kerna perempuan



Lirik Lagu Situ – Fynn Jamal & Tri Hadzir

Lirik Lagu Situ – Fynn Jamal & Tri Hadzir. Jauh kau pergi beribu batu Ku harap lancar perjalananmu Jangan dilupa asal-usulmu.

Cuba kau tenung ke dalam mataku
Moga kau tembus pintu hatiku
Bukti cintaku ada di situ

Selama-lamanya
Walau dah terputus jalannya
Kau pergi
Aku di sini tetap ada ikut sama

Teguh kau pegang janjimu dulu
Di tanah orang tunduk selalu
Jangan dibuang budi ajarmu

Bila kau rindu hangat kasihku
Pejamkan saja harap bertemu
Jauh pun mana aku di situ

Selama-lamanya
Walau dah terputus jalannya
Kau pergi
Aku di sini tetap ada ikut sama

Selama-lamanya
Walau dah terputus jalannya
Kau pergi
Aku di sini tetap ada ikut sama


Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Lirik Lagu Arjuna Beta - Fynn Jamal

Takkan ku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar jengking dan ular bonda takkan berundur

Nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata semua tak serupa

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul anakanda tak jelas mata ambil yang sarat duri

Hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada takkan engkau tercela

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda

Hiduplah arjuna beta biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata semua tak serupa

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu anakanda