Lirik lagu bertemu semula disertakan seperti di bawah. Semoga anda semua gembira selalu.
Bertemu Semula
Suka dan duka
tangis dan tawa
itulah lumrahnya
Sukma didera
sepi menyapa
dan rindu menyiksa
Haruskah luka
dibiar saja
membarah di dada
Sembuhkan ia
dengan setulus benih
kemaafan
Cinta telah menzahirkan
sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula
Usah persia
peluang yang ada
begitu sahaja
Ini detiknya
kasih dan sayang
ditaut semula
Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
hujan takkan balik ke langit semula
Jemputlah kenangan yang terindah saja
Cinta telah menzahirkan
sebuah pertemuan
Tuhan yang menguji
dengan perpisahan
kini ditakdirkan
bertemu semula
Kita tidak mungkin mampu mengulangi masa
hujan takkan balik ke langit semula
jemputlah kenangan yang terindah saja
Tonton video klip lagu bertemu semula
Silahkan berkomentar tetapi jangan spam
EmoticonEmoticon